PRINCESSDIARY
Teknik Pernafasan Peringkat Pertama
semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).
Teknik pernafasan peringkat Transisi.
Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.
Teknik pernafasan peringkat kedua.
Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.
TEKNIK MENERAN
Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran.
Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.
“Overwhelming Urge“
Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.
“so-so urge“
Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).
“No Urge“
Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran. Teknik spontan Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.
Teknik Purple Pushing
Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.
Teknik Laboring Down
Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran
PRINCESSDIARY
Janin

Minggu pertama - 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.


Minggu ke-2 - Blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.


Minggu ke-3 - Saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih (sel) daripada organ badan yang akan bergabung.


Minggu ke-4 - Janin sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci (6 mm = sebesar biji tembikai). Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).


Minggu ke-5 - Embrio akan terus membesar. Terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.


Minggu ke-6 - Sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.


Minggu ke-7 - Pembentukan bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair (air ketuban atau amnotic sac) yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.


Minggu ke-8 - Rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.


Minggu ke-9 - Saiz bayi ketika ini hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).


Minggu ke-10 - Bayi sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.


Minggu ke-11 - Bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.


Minggu ke-12 - Usia kehamilan masuk 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas. Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm. Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi sudah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.


Minggu ke-13 - Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini ibu mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik.( Banyakkan meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari)


Minggu ke-14 - Degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. ( Elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar berada dalam keadaan yang selesa)


Minggu ke-15 - Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi juga sudah boleh menelan. Ibu akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat. ( Banyakkan senaman ringkas atau lakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina menjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.)


Minggu ke-16 - Kehamilan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.
PRINCESSDIARY
Selepas genap tempoh enam bulan perkahwinan kami, hari ini (14 Disember 2009) buat pertama kali aku itu tampil di status facebook dengan ayat berlainan daripada biasa.

Tentunya, saat manis ini, ingin dikongsi bersama teman-teman dan semestinya kegembiraan aku dan suami tidak dpt digmbrkan dgn kata-kata.

Walaupun kandunganku kini baru mencecah 1 1/2 bulan, penampilan aku tetap seperti dulu. Cuma, bentuk perutku nampak sedikit berubah apabila mula berisi. (buncit)

“Sekarang ini aku kuat makan tidak kira apa saja kecuali makanan ringan. Itu pun selepas dinasihatkan rakan-rakan terdekat. Dulu aku memang suka makan asam tetapi ada orang kata kandungan asid di dalamnya tidak baik untuk bayi.

“Setakat ini segalanya baik. Syukur apabila aku tidak menghadapi masalah seperti alahan atau mengidam perkara yang bukan-bukan. Cuma kuat makan. Sekarang ini berat badan sudah bertambah daripada 51 kepada 55 kilogram,” kataku yang sentiasa tersenyum bercerita mengenai kandunganku.

walaupun kandungan masih baru, buat masa ini belum ada tanda2 mabuk kecuali suami yg kerap pening n muntah. kesian pun ada, tergelak pun ada.


“Bagaimanapun, aku mengambil langkah berhati-hati dengan tidak mengangkat barang berat.

aku tidak risau jika selepas ini perut semakin kelihatan kerana teruja nk jadi mummy.. ini mungkin berkat doa n tip yg diamalkn juga,”

kalau boleh aku mahu mengetahui jantina bayi dikandung bagi memudahkan aku membuat persiapan tetapi hubby mengatakan yang dia tidak mahu tahu jantina anak.

tapi aku ada cara untuk merahsiakan daripadanya. Mungkin bilik yang akan disiapkan untuk bayi kami nanti akan menjadi kawasan larangan untuknya. hehe

“Setakat ini of course belum tahu apa jantina anak kerana kandungan masih baru. apa yg penting skrg ni jaga kandungan yg telah lama ditunggu ni hingga selmt dilahirkn.

Sebagai persediaan untuk bergelar ibu, aku banyak membaca dan mengutip tip daripada mereka yang berpengalaman.

“Sejak mengandung, buku mengenai penjagaan bayi menjadi teman setia. Selain itu saya turut melayari Internet bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai proses mengandung,”

Bercerita mengenai suamiku, Khirul sendiri sekarang ini sedang membuat banyak persediaan untuk bergelar bapa, termasuk bercadang membeli rumah.

Kebetulan suamiku yang berada di sisin aku petang ini menjelaskan dia mahu membotakkan rambut sebagai nazar apabila kandungan selamat dilahirkan.

“Menurut doktor, kemungkinan besar aku akan melahirkan bayi pada Ogos tahun depan.

Bercerita mengenai sikap aku sepanjang mengandung, kata suamiku aku itu agak manja dan sensitif. Selain itu aku juga semakin sabar berbanding dulu.

“Rasanya menjadi perkara biasa bagi wanita yang sedang mengandung bersikap sensitif. Sebagai suami, B perlu faham dan sentiasa berusaha untuk menjaga emosin SYG agar berada dalam keadaan stabil. Bagaimanapun, apa yang B bimbangkan adalah 'mabuk' B Ni, kerana sgt tk selesa.

Waktu sama kata nya lagi, dia sudah mula berkomunikasi dengan bayi dalam kandungan dengan mencium perut ku setiap pagi dan membacakan al-Fatihah.

semua ahli keluarga termasuk sebelah hubby n aku gembira apabila aku disahkan mengandung terutama ibu dan ibu mentuanya yang akan menimang cucu sulung.
PRINCESSDIARY


korang penah tak terpikir,kenapa kadang2 orang yg korang sayang sukerr sangat buat hal? mcm tak tegur korang ke, salah sikit dah merajuk ke, mcm budak2 kan.. umpamaanya tak boleh terima teguran langsung dan egois yang melampau.. sudahnya.. dua2 tak bertegur sapa. elok ke mcm tu?

aku harap sangat la kan, orang2 yang terasa dirinya disayangi, apa kata korang pk balik and renung sedalam2nya, pengorbanan, kegembiraan, keikhlasan, kesetiaan org yg menyayangi u all tu. ni tak, sikit punyer problem, mengamuk tak tentu pasal alih2 boleh putus hubungan. masyaAllah..

punya lah lama nak jaga perhubungan tu, sebabkn benda kecil jer boleh porak poranda. tapi salah siapa? perkara yg sebegini lah perlunya KOMUNIKASI. discuss sama2 pasangan. luahkan dari hati ke hati. jangan buat tindakan melulu. fikirkan pro and con's sebelum nak buat any result. tak sayang ke masa, tenaga and wang ringgit yg dah habis melabur byk utk org yg tersayang tu?

korang kenang la balik erti KESABARAN yang diLABURKAN utk diri korang tu (saper2 yg terasa dirinya disayangilah).. ingat senang and boleh tahan ke sabar tu? lama2 pun ada limitnya.. manusia, mana ada yg perfect. mungkin 2,3 tahun leh sabar tapi sampai bilaa. who knows? right?

ada orang mungkin mengalaminya. ada orang belum mengalaminya. tapi aku percaya setiap orang akan mengalaminya even its once in a lifetime. tapi, mustahil sekali jer kan. ye lah, bak kta orang selaagi hayat dikndung badan. chewah!!

kalau ada perangai yang mcam ni, SAYANG KE? pasangan anda tu? ye lah.. suker hati nak buat perangai macam tu,kan.. ader ke patut. ingaat la sikit.. orang lain pun ada perasaan. sampai bila nk mkan hati?

aku rasa, sesiapa yang mengalami situasi yang macam ni, korang bagi masa.. dlam hubungan tu.. maaksudnya, buat berbincang then take times untuk recall semua apa yg telah berlaku. mungkin ada betul nya aapa yang disuarakan oleh pasangan anda tu. jangan lah terus2 melenting tak tentu pasal. sampai hubungan retak. tak patot betul..

apa pendapat u all? apa yang patut si mangsa( orang yg dimarah tu) lakukan? and apa pulak yg patutnya sipolan (orang yg tau nak marah pasangannyaa je tu) buat pula?
PRINCESSDIARY
Outdoor Shooting oleh Nizam (www.nizamgallery.com)
PASANGAN ini memilih tema Sweet Pink pada hari pernikahan mereka.


Cinta monyet Khirulnizan Abdul Rashid dan Norhazuren Halid berakhir di jinjang pelamin



MERAH inai di jari, merah dan hangat membara lagi cinta pengarah urusan Chronicles Creative Animation Sdn. Bhd, Khirulnizan Abdul Rashid terhadap isterinya, Norhazuren Halid.

Cinta monyet yang pernah terjalin sewaktu menuntut di Universiti, akhirnya mekar hingga ke jinjang pelamin. Siapa sangka, pada mulanya sekadar usikan rakan-rakan bengkel motivasi rupanya menjadi titik tolak ikatan suci ini sebaik bertemu semula di sebuah pasaraya mega di ibu kota.

Pertemuan singkat selepas hampir 5 tahun terputus hubungan, membuahkan bibit cinta di hati Khirul umpama mimpi menjadi nyata. Tidak menyangka pertemuan itu jugalah yang menjadi bukti, cinta sejati telah ditemui.

Tempoh 3 bulan mengenali ‘semula’ Zureen, Khirul, tekad menyuarakan hasrat hatinya untuk bertemu dengan kedua ibu-bapa wanita yang dicintainya, dan berharap agar pertemuan ini tidak disiakan begitu sahaja bahkan mahu ia berakhir dalam sebuah ikatan perkahwinan.

Pasangan sama padan ini sepakat menjadi suami isteri pada 29 Mei lalu. Memilih bulan Mei dalam kalendar, jodoh ternyata begitu kuat menyatukan mereka.

Mengimbas kembali detik indah mereka dulu, Mid Valley Mega Mall, dan Kolej Sembilan Universiti Malaya antara lokasi ‘keramat’ pertemuan pertama & terakhir mereka sebelum bergelar suami isteri. Namun, ditanya kembali mereka secara jelas bila cinta itu mula terpahat, masing-masing merenung mata kerana tidak sedar cinta hadir dalam diam.

Khirul berkata, dia sendiri tidak menyangka hubungan ‘usikan teman’ yang terjalin antaranya dengan isteri sewaktu di Universiti mampu dipertemukan semula dan bertahan hingga sekarang. Itulah yang dikatakan ‘sudah jodoh tidak ke mana’. Malah sebagai menghargai pertemuan kembali itu, pasangan sama padan ini banyak mengabadikan nilai itu dengan pemilihan cincin merisik yang sedondon.

“Tak bererti cinta ‘monyet’ tidak boleh bertahan ke peringkat yang serius dan lebih baik (berkahwin). Semuanya berbalik kepada soal jodoh. banyak kenangan dan perkara tertentu dikongsi bersama.”

“Kami bertunang dalam tempoh 8 bulan. Tarikh 30 Julai 2008 menjadi tanda cinta kami. Selama tempoh ini jugalah, kami belajar mengenal apa itu pengorbanan dan kesetiaan. Jujur, saya akui, Zureen berjaya membuka pintu hati saya,” kata Khirul ketika ditemui sejurus selepas selesai majlis akad nikah.


Jika Sudah Jodoh Tidak Akan Ke Mana


Itulah pepatah paling tepat untuk menggambarkan ikatan murni suami isteri yang termeterai antara Zureen dan Khirul, tepat jam 9.30 malam pada tarikh keramat 29 Mei 2009. Dalam majlis yang dihadiri oleh rakan taulan serta saudara mara terdekat semalam, Zureen yang dinikahkan sendiri oleh bapanya, Halid Samijo, 56, menerima mas kahwin RM 80 beserta wang hantaran berjumlah RM 11,000.

Dinikahkan di kediaman keluarga Zureen, di Sungai Buloh, pasangn ini bersanding pada keesokan hari di tempat yang sama. Acara bertandang pula akan diadakan pada 13 Jun di Arau, Perlis.

“Alhamdulillah, akhirnya jodoh kami kuat bersama. Terima kasih kepada pihak penaja dan orang perseorangan yang terbabit secara langsung mahupun tidak dalam merealisasikan majlis ini. Saya juga harus berterima kasih kepada isteri saya kerana tanpa sokongannya, saya rasa seperti kosong.

“Dia (isteri) sangat memahami dan sentiasa berada di sisi saya tidak kira sama ada dalam waktu susah atau senang. Malah, kalau buat kerja seorang diri pun, saya rasa hidup ini tak lengkap,” kata Khirul yang ternyata sudah bersedia untuk memikul tanggung jawab sebagai suami.

Khirul Lelaki Jujur, Berterus Terang

BERALIH bicara kepada isterinya, Zureen memberitahu terlalu banyak kenangan indah dan pahit yang dikecapi bersama. Seperti pasangan lain, tugu cinta mereka juga pernah diuji, apabila ada saja dugaan yang bukan datang daripada mereka menerjah.

Namun, ia tidak sesekali melunturkan rona bahagia mereka. Kata Zureen, mungkin juga benar cakap orang tua supaya tidak bertunang lama-lama kerana hidup pastinya akan terus diuji. Tapi bersyukurlah, sekalipun ribut taufan melanda, selepas ini, ia tidak akan mengganggu gugat cinta mereka. Insya-Allah, apa yang penting, ialah terus menjaga keberkatan rumah tangga yang sudah dibina.

“Apa yang saya amati, Khirul seorang yang sangat jujur dan suka berterus terang. Jika tidak, masakan pertemuan singkat semula itu, terus dimeterai ikatan pertunangan tanda kasih sudah terpaut dan cinta tersimpul rapi. Of course, saya berharap ikatan perkahwinan ini hingga ke hujung nyawa,” kata Zureen yang mengimpikan 3 orang anak.

Pada majlis pernikahan, pihak pengantin lelaki membawa sebanyak 7 dulang hantaran berona jingga yang terdiri daripada sirih junjung, mas kahwin beriringan wang hantaran, set barang kemas yang diserikan dengan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, halwa pemanis mulut, seutas jam tangan Chopard, tas tangan jenama Louis Vuitton dan sepasang kasut, Polo.

Pihak pengantin perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran berona merah jambu dan ungu berupa sirih junjung, cincin Cartier, buah-buahan, kek, wangian Hugo Boss, sut kemeja Padini, jam tangan Omega dan set pencukur elektrik Braun dan senaskhah Al-Quran.

Menurut Zureen, pada majlis persandingan (30 Mei), mereka memilih warna ungu dengan sentuhan kotemporari moden, manakala majlis bertandang (13 Jun), persalinan rona hijau dipilih. Pasangan ini juga tidak merancang untuk berbulan madu dalam masa terdekat, sebaliknya hanya akan memikirkannya pada 2010.
Info menarik
* Khirul pula mengharapkan untuk dikurniakan minimum dua orang anak. Bagaimanapun mereka tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak yang banyak.

* Antara penaja yang terbabit merealisasikan hari bahagia mereka ialah Reen’s Avenue Bridal (pelamin & sepasang baju bertandang di Perlis), Creative Energy ( Kad Kahwin), Nazlee (beg eksklusif) Sani Catering (menu tambahan) serta rakan-rakan yang banyak menghulurkan bantuan antaranya, Kak Yah, Baizura & Ateq.